.::Selamat Datang di Situs Kami , Semoga Website Kami ini Memberikan Pencerahan kepada Sahabat-Sahabat Mengenai Agama Kita yang Tercinta, Selamat Menikmati Hidangan Kami, dan Mohon Doanya ya Agar wAbsite Kami Tetap Eksis!! Amin::.

Sabtu, 31 Januari 2009

Orang yang Suka Berkata Jujur

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Jumat, 30 Januari 2009

Peliharalah Iman Kamu

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Kamis, 29 Januari 2009

Dua Nikmat yang Sering Dilupakan

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesehatan dan keselamatan. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Rabu, 28 Januari 2009

Setiap Nikmat Ada Kunci Pembuka dan Penutupnya

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menutupnya, yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penutupnya adalah malas. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Kamis, 22 Januari 2009

Ingin Aku Jadi Rumput

Ingin aku jadi rumput saja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Rabu, 21 Januari 2009

Orang yang Jernih Hatinya

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Senin, 19 Januari 2009

Merasa Letih dalam Kebaikan dan Merasa Bahagia dalam Berbuat Dosa

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu bahagia dengan dosa maka sesungguhnya kebahagiaan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Selasa, 13 Januari 2009

Semulia-Mulianya Manusia

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Sabtu, 10 Januari 2009

Orang yang Memikirkan Akibat dari Sesuatu

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai andai-andaipun dia tidak akan menjadi orang yang berani. "Khalifah Ali bin Abi Talib"

Kamis, 08 Januari 2009

Nilai Seseorang yang Sesuai

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya "Khalifah Ali bin Abi Talib"

Jangan Percaya Melihat Kegagahan Lelaki

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. "Khalifah Umar al-Khattab"

Selasa, 06 Januari 2009

Hanya Lidah yang Mau Berdusta dan Berbohong

Hanya lidah yang mau berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. "Khalifah Ali bin Abi Talib"

Berkawan yang Membinasakanmu

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah. "Saidina Ali bin Abi Thalib"

Minggu, 04 Januari 2009

Pohon Kayu yang Lebat Buahnya

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Ilmu itu Lebih Baik Daripada Harta

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. (Saidina Ali bin Abi Talib)

Jumat, 02 Januari 2009

Pengibaratan Sahabat yang Sejati

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kamis, 01 Januari 2009

Angan-Angan yang Panjang

Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerusakan dalam mencapai kejayaan Ilmu
Template by - Abdul Munir - 2008